Tuesday, 14 August 2018

Kisah Pakcik KFC. Orang bisnes wajib baca 😍

Siapa je yang tak kenal dengan Kolonel Sanders kan. Nama Kolonel Sanders pasti tidak terdengar asing lagi di telinga kita.


Ya, Kolonel Sanders atau Kolonel Harland David Sanders adalah pengasas restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) yang sangat terkenal pada hari ini.


Bagi yang belum kenal, beliau merupakan seorang lelaki tua berambut putih, berjanggut putih, berbaju dan seluar serba putih serta berkaca mata yang sering kita nampak di iklan-iklan dan franchise KFC. Itulah Kolonel Sanders.


Anda pernah terfikir tak bagaimana beliau boleh jadi terkenal seperti sekarang ini?


Adakah beliau lahir dari keluarga kaya-raya yang membantu untuk mewujudkan segala cita-cita beliau dengan mudah?


Mungkin ramai orang yang berfikir seperti itu. Tetapi kisah di sebalik kejayaan “Pakcik KFC” ni sangatlah jauh dari apa yang anda bayangkan.


Di sini saya sediakan serba sedikit info dan kisah tentang Kolonel Harland David Sanders, pengasas Kentucky Fried Chicken (KFC).


Kolonel Sanders lahir pada bulan September tahun 1890. Beliau adalah anak sulung dari lima beradik.

Pada umur 6 tahun, bapa beliau meninggal dunia. Selepas kematian bapanya, beliaulah yang mengambil berat tentang perihal adik beradik beliau.


Pada umur 16 beliau berhenti sekolah dan terus bekerja. Pada umur 17 tahun beliau sudah kehilangan 4 pekerjaan. Pada umur 18 tahun beliau berkahwin dan menyertai skuad tentera.


Pada umur 19 tahun beliau menimang cahaya mata perempuan. Beliau sangat gembira dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga. Tetapi kegembiraan beliau tidak kekal lama.


Pada umur 20 tahun isteri beliau meninggalkan beliau dan membawa anak perempuan mereka bersamanya.


Beliau cuba untuk “menculik” anak beliau sendiri, tetapi tidak berjaya. Kehidupan beliau sangat menyedihkan.


Banyak kerja yang beliau apply semua kena reject. Beliau pernah menjadi jurujual insuran, tapi turut menemui jalan kegagalan juga.


Beliau fed up dan give up dari bekerja dengan orang. Beliau membuat keputusan untuk bekerja sendiri dengan membuka café kecil berbekalkan ilmu memasak yang diturunkan oleh ibunya.


Pada umur 65 beliau bersara. Pada hari persaraan, beliau menerima cek daripada kerajaan yang bernilai $105 dollar sahaja.


Pada saat itu beliau rasa sangat stress dan ingin membunuh diri.


Semasa menulis surat sebelum bunuh diri, beliau tiba-tiba terfikir beliau memiliki bakat yang sangat hebat, iaitu memasak. Beliau melupakan hasrat untuk bunuh diri.


Beliau meminjam $87 dollar untuk modal bisnes beliau. Kolonel Sanders mengolah ayam goreng dengan resepi rahsianya.


Dia mula menjual ayam gorengnya dari pintu ke pintu. Malangnya semua reject ayam goreng beliau.


Selama 2 tahun beliau travel ke seluruh negara untuk memperkenalkan ayam goreng beliau, walapun ramai yang reject, beliau tidak berputus asa.


Sepenjang perjalanan beliau hanya tido di seat belakang keretany. 1009 kali cubaan ayam goreng beliau gagal! Kali ke 1010 baru lah ada yang menerima resepi beliau.


Pada umur 88 tahun Kolonel Sanders merupakan pengasas empayar Kentucky Fried Chicken (KFC) dan menjadi billionaire.


Pada umur 90 tahun Kolonel Sanders disahkan menghidap leukemia dan meninggal dunia pada tahun yang sama di sebuah Hospital di Loiusville, Kentucky kerana menghidap radang paru-paru.


Kesimpulannya, Orang yang berjaya bukanlah orang yang tidak pernah gagal, orang yang Berjaya adalah mereka yang tidak pernah menyerah.


Pada saat ini, KFC telah memiliki lebih dari 18000 outlet yang tersebar di 120 negara dengan penghasilan $15 million dollar Amerika setiap tahun

Sehingga sekarang…

C&P


No comments:

Post a Comment